Wednesday, November 24, 2010

Faedah-faedah melabur dalam jongkong emas Public Gold

Perkhidmatan Kami:

1. Melantik agen Public Gold
2. Menjual dan membeli emas
3. Khidmat nasihat pelaburan emas.

Faedah-faedah melabur dalam jongkong emas Public Gold
• Pengeluar gold bar tempatan pertama yang mendapat pengiktirafan
• assayer (mencipta rekod "The Malaysia Book of Record").
• Cantik (Boleh dijadikan sebagai hadiah).
• Kos pelaburan jongkong emas yang paling murah di Malaysia.
• Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah.
• Anda akan memiliki emas fizikal.
• Terdapat sistem penempahan secara online selama 24 jam
• (Syarikat pertama di Malaysia).
• Anda boleh menempah harga emas tertentu.
• Memberi jaminan membeli balik emas kami mengikut harga belian
• walaupun calar, dibuka sarungnya, atau bengkok.
• Stok sentiasa ada.
• Mempunyai Sijil Ketulenan Emas yang sah.
• Mempunyai cawangan di seluruh Malaysia. (Mudah dibeli dan dijual).

Perkhidmatan lain yang ditawarkan
• Membeli dan menjual jongkong dan syiling emas.

Tuesday, November 23, 2010

Special Seminar – Financial Justice: Gold, Dinar & You

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.Untuk makluman semua satu seminar special akan dianjurkan oleh Public Gold iaitu Financial Justice: Gold, Dinar & You.Seminar ini terbuka kepada semua , jika anda berminat boleh hubungi saya untuk membuat tempahan awal sementara “tiket” masih ada. Maklumat detil mengenai seminar ini seperti dibawah :

Special Seminar – Financial Justice: Gold, Dinar & You

Host : Public Fine Gold International Sdn Bhd

Title : Financial Justice: Gold, Dinar & You

Date : 4th Dec 2010

Time : 10am – 5pm

Venue : Dewan Melawati, Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya,
Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 47301 PETALING JAYA

Speakers : Dr. Umar Vadillo Ibrahim
President of World Islamic Trade Organization and World Islamic Mint

Associate Professor Mahamad Hakimi Ibrahim
Universiti Sains Malaysia

Professor Dr. Zuhaimy Ismail
Universiti Teknologi Malaysia

Associate Prof Ahamed Kameel Mydin Meera
Author of the books The Islamic Gold Dinar and The Theft of Nations

Professor Dato Dr. Aziuddin Ahmad
Rector, Kolej Universiti Islam Selangor

Syukor bin Hashim
General Manager of Public Dinar Sdn Bhd; Admin of Jutawanemas.com

Entrance fee : Dealer – RM50.00 (inclusive of breakfast & lunch)

Non-Dealer – RM60.00 (inclusive of breakfast & lunch)

Pendaftaran : SMS/CALL 012-9503877.

Monday, November 15, 2010

Malaysia peroleh emas pertama

Emas pertama

GELANGGANG Gymnasium Nansha menjadi saksi kejayaan Chai Fong Ying apabila berjaya meraih pingat emas pertama negara menerusi disiplin Taijijian acara wusyu, semalam.

Tambah manis apabila Fong Ying turut berjaya mengekalkan pingat emas yang dimenanginya empat tahun lalu di Sukan Asia Doha, Qatar.

Fong Ying mengumpul 9.69 mata untuk menafikan peserta Taiwan, Wen Ching Ni di tempat kedua dengan 9.68 mata dan gangsa milik Miyoaka Ai dari Jepun (9.67 mata).

Sementara itu, acara billiard 8-ball pool turut menceriakan kem Malaysia setelah Ibrahim Amir menyumbangkan pingat perak pertama dalam perlawanan yang diadakan pada sebelah petang.

Ibrahim terpaksa akur dengan kehebatan jaguh Taiwan, Eddie Lau setelah tewas 4-7 pada aksi final di Asian Games Town Gymnasium.

Sementara pertarungan sengit di gelanggang tenpin boling menyaksikan harapan untuk melihat kilauan pingat pertama daripada acara perseorangan lelaki tidak kesampaian.

Sandaran negara termasuk Alex Liew hanya menduduki tempat keenam dengan 1,354 jatuhan pin, Aaron Kong di tangga kelapan (1,339).

Andrian Ang pada kedudukan ke-12 dengan jatuhan pin 1,287 dan Zulmazran Zulkifli di tempat ke-17 (1,216 jatuhan pin).

SUMBER: SINAR HARIAN

p/s: Dalam sukan pun orang mencari emas. Emas menjadi buruan semua atlit. Emas menjadi bruan semua pelabur-pelabur emas. So, tak kan kita semua tak nak simpan emas? Adakah kita akan terus menjadi manusia yang kerugian? Duit yang kita simpan ditelan dek sesuatu yang bernama 'INFLASI". Jangan tunggu lagi, cari saya untuk membeli emas.

Sunday, November 14, 2010

Inflasi oh Inflasi

Inflasi sesuatu yang tidak boleh elakkan daripada berlaku. Cuma kita boleh mengurangkan kesan inflasi tersebut dengan membuat pelaburan. Pelaburan yang baik ialah pelaburan yang dapat menampung kesan inflasi. Pelaburan di dalam emas mampu mengurangkan kesan inflasi. Oleh itu saya mengajak anda semua menyimpan emas. Kenaikan harga emas yang tinggi sehingga 30% setahun berbanding di dalam pelaburan lain meningkatkan kewangan kita.

Mari kita baca berita di Utusan ni.

Inflasi buatan Amerika Syarikat


KUALA LUMPUR 14 Nov. - Malaysia dijangka berhadapan kenaikan inflasi berikutan peningkatan kecairan yang tinggi selepas Amerika Syarikat (AS) menyuntik AS$600 bilion (RM1.8 trilion) bagi merangsang ekonomi negara itu.

Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr. Zakariah Abdul Rashid berkata, perkara itu berlaku kerana AS pasti mengintai peluang pelaburan di negara-negara yang mampu memberi pulangan tinggi melalui kadar faedah seperti di negara-negara baru muncul termasuk Malaysia.

Menurut beliau, sebenarnya Malaysia mulai merasai peningkatan kecairan dengan kenaikan pasaran tempatan dan dijangkan berlaku permintaan mendadak terhadap sektor hartanah tempatan.

''AS akan melimpahkan duitnya ke seluruh dunia kerana negara itu tidak boleh melabur dalam negaranya sendiri memandangkan kadar faedah negara itu hampir sifar peratus,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Tambah beliau, peningkatan kecairan akibat kemasukan dolar AS itu dijangka meningkatkan permintaan terhadap pembelian barangan dan keadaan itu dikhuatiri akan mengakibat peningkatan inflasi, ujar beliau.

Kadar inflasi negara setakat Ogos lalu adalah 2.1 peratus.

Bagaimanapun, MIER yakin Bank Negara Malaysia (BNM) memantau perkembangan itu secara dekat bagi membolehkan langkah-langkah awal dilaksanakan.

Baru-baru ini, bank pusat itu melaksanakan nisbah maksimum pinjaman berdasarkan nilai (LTV) dengan mengumumkan para pembeli yang mahu memiliki rumah ketiga dan seterusnya, hanya boleh mendapatkan pembiayaan sehingga 70 peratus daripada nilainya.

Peraturan yang berkuatkuasa serta merta itu, bagaimanapun tidak menjejaskan kemudahan pembelian rumah pertama dan kedua.

BNM menjelaskan, langkah baharu itu bertujuan menyokong pasaran hartanah supaya terus stabil dan mampan, selain memastikan orang ramai akan mampu membeli rumah.

Sementara itu, mengulas mengenai unjuran pertumbuhan ekonomi yang perlahan pada 2011 oleh Bank Dunia, Dr. Zakariah berkata, jangkaan tersebut adalah hampir selari dengan MIER dan kerajaan.

Bank Dunia menjangkakan Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.8 peratus, lebih rendah daripada unjuran kerajaan antara lima hingga enam peratus, manakala MIER pula 5.2 peratus.

Menurut beliau, kelembapan itu disebabkan oleh krisis kewangan yang berpanjangan di negara-negara kuasa besar.

Jelasnya, tanda-tanda kelembapan sebenarnya sudah pun dirasai pada suku ketiga dan keempat dengan kadar pertumbuhan eksport menyusut.

''Sebagai sebuah negara pengeksport, krisis ekonomi yang berpanjangan ini memang menjejaskan Malaysia.

''Barangan kita biasanya dibeli oleh Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat tetapi apabila ekonomi-ekonomi negara ini semakin lesu menyebabkan keupayaan mereka semakin terhad, sekali gus menjejaskan ekonomi kita.

''Situasi ini sebenarnya sudah berlaku pada suku ketiga apabila kadar pertumbuhan eksport menyusut. Ini bermakna pengimport kurang membeli barangan kita,'' ujarnya.

Bagaimanapun, Dr. Zakariah menjangkakan keadaan itu tidak begitu teruk berbanding semasa krisis subprima kerana ia telah mengakibatkan Malaysia mengalami kemelesetan ekonomi sebaliknya ia hanya berbentuk 'down swing' sahaja.

Tambahnya, setakat ini kerajaan telah mengambil langkah dan pendekatan terbaik untuk menyerap permasalahan ekonomi di luar seperti mengukuhkan sistem kewangan dan institusi perbankan tempatan.

''Yang menjadi kebimbangan kita adalah faktor luaran kerana kita tidak dapat memastikan gelora yang berlaku dan sukar untuk membuat jangkaan secara tepat.

''Contohnya soal peperangan mata wang kerana apabila ia disebabkan ketidakseimbangan global, masalah ini tidak boleh kita selesai dan sebenarnya Malaysia tidak ada kuasa. Ini bergantung kepada pelakon-pelakon besar seperti AS, Eropah, China dan Jepun,'' tambah beliau.

Dr. Zakariah menambah, keutamaan Malaysia sekarang adalah menumpukan kepada Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerana ia menentukan struktur dan hala tuju baru ekonomi negara dalam jangka panjang.

Jelasnya, ini kerana tumpuan kepada ekonomi bukan hanya untuk 2010 dan 2011, sebaliknya kelangsungan bagi tahun-tahun mendatang.

''Hebat atau tidak, kita yang menentukannya untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, kita telah 'memulakan permainan itu dan kita perlu bekerja untuk memenanginya'.

''Untuk menjayakannya semua pihak perlu serius melaksanakannya memandangkan ia bukan mudah kerana di tengah-tengah proses itu, dunia mungkin sekali lagi berhadapan dengan krisis,'' katanya.


Wednesday, November 10, 2010

Proton Inspira dan Emas Akan Naik

Ada 2 berita menarik yang nak share hari ni. Yang pertama mengenai emas. Kalau tengok berita darai Bernama semalam, Habib Jewels menjangkakan emas akan mencecah paras AS$2,000 seaun 2 tahun dari sekarang. So, apa tunggu lagi? Nak beli emas sila hubungi saya Fariz Kamis 012-9503877.

Ni berita dari bernama.

Harga Emas Mungkin Naik Kepada AS$2,000 Dalam Masa Dua Tahun Akan Datang, Kata Habib Jewels


CYBERJAYA, 9 Nov (Bernama) -- Harga emas mungkin naik sehingga AS$2,000 seaun pada masa dua tahun akan datang dengan asas yang kukuh, kata Pengarah Urusan Habib Jewels Datuk Meer Sadik Habib.

"Harga tentunya meningkat walaupun dalam jangka pendek, mungkin ada sedikit pelarasan," katanya pada taklimat media di sini Selasa.
Bagaimanapun Meer Sadik berkata bagi tempoh yang lebih lama, harga mungkin naik, antara lain disebabkan oleh kelemahan dolar Amerika.

"Jangka panjang adalah baik memandangkan AS mencetak wang yang banyak dan ini negatif kepada dolar AS, yang merupakan satu daripada alasan harga emas yang lebih tinggi," katanya.

Pada umumnya, Meer Sadik berkata, memandangkan asasnya kekal, permintaan bagi emas masih lebih tinggi berbanding bekalan, dengan itu memberi tekanan menaik terhadap harga.

"Baru-baru ini, kita juga melihat banyak pelabur meninjau untuk membeli emas dan barang kemas.

"Banyak negara menyimpan emas. Negara besar seperti India dan China menyimpan kira-kira US$2 trilion rizab emas," katanya.
Meer Sadik berkata beliau yakin harga, yang kini berlegar pada US$1,400, mungkin naik kepada US$1,750 pada tahun depan dan kepada US$2,000 dalam masa dua tahun akan datang.

-- BERNAMA
Yang ke dua mengenai pelancaran Proton Inspira. Gambar yang saya amik dari Inspiraclub.com. Apakah beza emas dan Inspira? Emas akan naik, adakah kereta Inspira yang kita beli hari ini harganya akan naik? Korang pikir la sendiri. Anyway, saya pun minat gak nak pakai Inspira ni. Sekarang pakai Iswara, cantik gak tukar Inspira.


Tuesday, November 9, 2010

Kelantan Sedia Kerjasama dinar emas dengan Perak

Kelantan sedia kerjasama dinar emas dengan Perak

KOTA BHARU- Kerajaan Kelantan menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Kerajaan Perak bagi memperkembangkan penggunaan dinar emas dan dirham perak di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, pihaknya sedia membantu dan menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Perak yang mengumumkan ingin melaksanakan penggunaan dinar dan dirham baru-baru ini.

“Kita akan bekerjasama jika dinar emas dan dirham perak yang akan dilaksanakan negeri itu nanti melaksanakan dinar yang betul (menepati piawaian antarabangsa yang sah),” katanya menjawab soalan Hanifa Ahmad (Pas-Pengkalan Pasir) di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Dalam masa yang sama Husam berkata, pihaknya akan memperkembangkan penjualan dinar dan dirham yang dikeluarkan di Kelantan ke Selangor dan Terengganu dengan menggunakan ejen swasta yang disyaratkan perlu mempunyai modal RM500,000 bagi menjadi ejen.

Husam berkata, Kerajaan Negeri sedang menunggu satu pelaburan daripada luar yang akan membuat pelaburan RM5 juta bagi membolehkan dinar emas dikeluarkan dengan lebih meluas.

”Kita juga merancang untuk menubuhkan sebuah institusi simpanan atau wadiah yang bertujuan untuk menyimpan dinar kerana buat masa ini kita tidak mempunyai wadiah rasmi,” katanya.

Menjawab satu soalan, Husam berkata, Kerajaan Negeri yakin terhadap kekukuhan emas dan perak berbanding penggunaan mata wang kertas kerana tiada mana-mana negara dapat memanipulasikan turun naik harga komoditi itu.

Beliau juga menegaskan, ciri-cari keselamatan yang ada pada dinar dan dirham terpelihara dan sistem yang digunakan yang tercanggih di dunia bagi mengelak penipuan.

“Kita juga mengharapkan kerjasama daripada polis. Polis juga jangan hanya memantau wang biasa sahaja,” katanya. - SINAR HARIAN ONLINE

Monday, November 8, 2010

Emas Pengukur Pergerakan Mata Wang

LONDON 8 Nov. – Ketua Bank Dunia, Robert Zoellick menggesa pemimpin-pemimpin ekonomi dunia mempertimbangkan penggunaan semula emas dalam sistem monetari sebagai pengukur dalam pergerakan mata wang.

Beliau membuat cadangan itu kerana bimbang berlaku ‘peperangan mata wang’ dalam suratnya yang diterbitkan dalam Financial Times.

Zoellick berkata, sistem itu perlu terlibat dalam dolar, euro, yen, pound dan renminbi yang kini diperdagangkan di peringkat antarabangsa.

”Sistem ini juga boleh mempertimbangkan penggunaan emas sebagai rujukan antarabangsa bagi jangkaan pasaran berkaitan inflasi, deflasi dan nilai mata wang hadapan,” tambahnya.

Amerika Syarikat (AS) kini semakin konsisten mengkritik China kerana menurunkan nilai renminbi dengan tujuan untuk mengambil faedah dalam pasaran eksport.

Ekoran kritikan itu, China membalas balik dengan mencetak AS$600 bilion (RM1.8 trilion) duit baru sambil mendakwa untuk memberi AS kelebihan persaingan.

”Sekiranya polisi domestik adalah polisi optimum bagi AS, tetapi pada masa sama ia bukan polisi optimum bagi dunia, ia mungkin membawa banyak kesan negatif kepada dunia,” menurut Ketua Bank Negara China, Zhou Xiaochuan.

China melahirkan kebimbangan polisi monetari Rizab Persekutuan AS akan mengurangkan nilai dolar, menyebabkan eksport negara itu merosot.

Berikutan itu, China menggesa pemantauan terhadap pergerakan dolar AS semasa mesyuarat G20 di Seoul pada minggu ini.

Standard emas dipinggirkan oleh bekas Presiden AS, Richard Nixon pada 1971 kerana nilai dolar jatuh menjunam berbanding emas.

Emas dipercayai boleh membantu menangani inflasi tetapi ia tidak dibenarkan bagi polisi monetari fleksibel, yang mana kebanyakan pakar ekonomi mendakwa ia perlu dalam menangani kejutan ekonomi. – AFP | Utusan Online

Kuasa Beli Kita Merosot !

Kerajaan diminta melihat secara serius kemerosotan kuasa membeli di kalangan rakyat Malaysia yang semakin membimbangkan di tengah-tengah kejatuhan dolar Amerika Syarikat (AS) , sedangkan penyusutan mata wang paling berpengaruh di dunia itu sepatutnya memberi faedah kepada nilai ringgit.

Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali berkata, ini kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidak seimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sesebuah negara.

Beliau berkata, Malaysia menggunakan indeks inflasi yang terdiri daripada barangan kawalan dalam menentukan kestabilan ekonomi negara sedangkan kuasa beli adalah petunjuk sebenar.

Menurut beliau, secara rasionalnya apabila nilai ringgit meningkat, sepatutnya keupayaan untuk berbelanja di kalangan rakyat Malaysia lebih besar.

Bagaimanapun, katanya, keadaan itu tidak berlaku, sebaliknya kemerosotan kuasa beli semakin terjejas sejak kebelakangan ini.

”Persoalannya mengapa rakyat kita tidak dapat menikmati kelebihan kenaikan nilai ringgit berbanding dolar AS dalam kuasa beli?.

”Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata, tahap kuasa beli di Malaysia terlalu berbeza berbanding di Amerika Syarikat kerana sekurang-kurangnya rakyat negara itu masih berpeluang membeli lebih banyak barang di pasar raya walaupun nilai mata wangnya menyusut.

”Sepatutnya kuasa membeli di kalangan rakyat AS lebih sukar kerana mata wang mereka tidak memberi apa-apa makna, tambahan pula negara itu adalah negara pengimport tetapi mengapa mereka terus menikmati kuasa membeli?

”Jawapannya adalah model ekonomi negara itu jauh berbeza dengan Malaysia walaupun kita dalam proses ke arah itu.

”Di negara maju, lebih banyak rakyat berbelanja bagi barang tertentu, lebih murah harganya tetapi di Malaysia lebih banyak barangan tertentu dibeli, harganya boleh meningkat. Itu bezanya dan ia perlu diberi perhatian oleh kerajaan,” katanya.

Sebab itu, katanya. rakyat Singapura masih boleh menikmati harga teh tarik S$0.80 secawan pada nilai mata wang mereka tetapi di Malaysia harga bagi minuman itu terus meningkat daripada RM1.00 kepada RM1.50 hingga RM1.80.

Singapura masih mampu mengekalkan nilai mata wangnya kerana strategi monetari negara itu yang meningkatkan dolar Singapura.

”Sebab itu, walaupun berlaku kenaikan dalam dolar Singapura, kuasa membeli di kalangan rakyatnya tidak terjejas, seperti di AS, tambahnya.

Berikutan itu, katanya, kerajaan perlu mengatasi masalah ini dengan segera kerana sekiranya dibiarkan ia boleh mengundang kepada ketidakstabilan ekonomi isi rumah tempatan.

Tegas beliau, kerajaan sepatutnya turut melakukan pemantauan barangan bukan kawalan yang sebenarnya menjadi barangan asas keperluan dapur, selain barangan kawalan.

Jelasnya, ia penting kerana barangan asas yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian telah menunjukkan peningkatan melebihi 100 peratus.

”Kalau dibandingkan dengan tepung, berapa banyaklah yang digunakan oleh isi rumah berbanding keperluan seperti sabun mandi dan sabun basuh,” ujarnya.

”Tiada ada gunanya kita bersorak kerana nilai ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS, jika nilai ringgit tidak membawa apa-apa makna kepada rakyat.

Katanya, dengan pendapatan sebanyak RM3,000 dan tinggal di Kuala Lumpur, jumlah gaji itu sudah tidak memberi sebarang makna kepada pekerja.

Sebaliknya, dengan gaji tersebut, pekerja yang tinggal di Kuala Lumpur boleh dikategorikan sebagai penduduk miskin kerana kos hidup yang tinggi dan penyusutan kuasa membeli.

”Apa yang anda boleh beli dengan RM100 di pasar raya sekarang kerana harga ikan pun sudah berbelas ringgit untuk setiap kilo, begitu juga dengan sayur, hampir semua barang naik,” katanya. – KUALA LUMPUR 7 Nov | Utusan Online.

Apa Itu Dinar & Mengapa Anda Perlu Menyimpannyaa

DINAR EMAS Matawang Islam : Dahulu, Kini Dan Selamanya

Abu Bakar Ibn Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: 'Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar (emas) dan Dirham (perak)." (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

Spesifikasi Dinar Emas

Khalifah Umar Al-Khatab, khalifah Islam yang ke-2 telah menetapkan piawaian Dinar adalah seperti berikut;
  • 1 Dinar bersamaan berat 4.25 gram emas 916.6
  • 1 Dirham bersamaan berat 3 gram perak 999

Kelebihan Dinar Emas

  • Emas memilikki nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang diseluruh dunia.
  • Dinar & Dirham adalah matawang Islam yang sebenar.
  • Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding matawang kertas. Dinar mampu melindungi kekayaan anda.
  • Boelh digunakan sebagai bayaran mas kahwin.
  • Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat.
  • Harga emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar.

Di antara Kegunaan Dinar Emas ialah:

  • Sebagai pelaburan dan simpanan.
  • Digunakan untuk membayar zakat.
  • Digunakan sebagai Mas Kahwin.
  • Dijadikan hadiah dan cenderamata.
  • Digunakan sebagai matawang bagi tujuan jualbeli.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya di 012-9503877.
Artikel ini dipetik dari pamplet Public Dinar.

Sunday, November 7, 2010

Pengiraan Zakat Emas

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah.

Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.

At- Taubah; ayat 34-35

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:

2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150
2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:

Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

Rujukan : zakat.com.my

Thursday, November 4, 2010

‘Dolar Seperti Tisu Tandas’– Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang

Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.

“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.

Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.

“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.

Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.

“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.

Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.

Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.

“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.

Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.

Monday, November 1, 2010

Aku beli emas


Malam tadi 31.10.2010 akhirnya aku telah membeli emas dengan Master Dealer Public Gold, Sabri Ahmad dari Emaskini.com. Harganya korang tengok sendiri picture kat bawah ni. Pagi ni je dah naik beberapa sen. Kalau korang baca post ni maybe sebulan lepas ni korang boleh compare dengan harga dekat side bar tu. Untung tak?


Bagi aku investment kat emas ni tak la boleh buat kita kaya, tapi aku rasa return for a long period tu berbaloi. Macam kita invest kat ASB dengan profit or dividend dalam 8% setahun, aku perhatikan emas ni memberi return lebih 20% kalau tengok history 10 years kat bawah ni plak.


Ok. Kalau korang rasa invest emas ni menarik, korang boleh hubungi aku. Nak beli ke, nak niaga ke, nak jual emas ke, hubungi je aku. Klik sini.